Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan yang menjalankan pelbagai aktiviti & program berkaitan negara Palestin yang sedang dijajah oleh rejim Zionis Israel.
Website ini telah disabotaj oleh pihak tertentu dan akibatnya, semua kandungan beberapa tahun operasi kami telah hilang sepenuhnya. Justeru, kami mengambil waktu untuk membina semula web ini. Untuk sebarang info pertubuhan ini, boleh layari blog kami sewaktu awal penubuhan ketika masih mengguna nama Sekretariat Misi Cakna Palestin, http://misicaknapalestin.blogspot.com
Kami juga telah menukar talian Hotline Hotline kami dari 011 1073 2010 kepada 011 2616 2010. Namun talian telefon pejabat dan fax masih sama.
Kisah Penubuhan
Rentetan serangan Israel ke atas Gaza pada Disember 2008, gabungan 34 NGO negeri Kelantan membuat perbincangan ekoran rasa prihatin terhadap apa yang terjadi terhadap penduduk Gaza pada ketika itu.
Satu himpunan solidariti besar-besaran diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu bagi menyebarkan isu ini kepada seluruh rakyat Kelantan umumnya dan seterusnya melancarkan kutipan derma
bagi disalurkan kepada rakyat Gaza. Dari situlah, lahirnya sebuah organisasi yang dikenali Sekretariat Misi Cakna Palestin. Penubuhan jawatankuasa dibentuk semenjak awal bagi memperkemaskan operasi bagi
membantu penduduk Gaza secara khusus dan Palestin secara amnya.
Penjenamaan semula
Mulai tahun 2011, Sekretariat Misi Cakna Palestin didaftarkan secara rasmi dengan nama Pertubuhan Cakna Palestin Kelantan atau lebih dikenali dengan nama Cakna Palestin dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) . Pada 3 Julai 2011, sekali lagi Cakna Palestin telah memohon untuk menukar nama Pertubuhan Cakna Palestin Kelantan kepada Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia dengan no pendaftaran (PPM-003-03-07032011) bagi mengembangkan lagi sayap dan memperluaskan isu perjuangan Palestin di peringkat lebih jauh.