Assalamualaikum wbt
Seruan kepada seluruh Ummat Islam
1. Cakna Palestin menyeru semua umat Islam agar sentiasa menyokong dan membantu para Murabitun Masjidil Aqsa agar mereka terus bertahan dalam membantu menjaga Masjidil Aqsa . Doa dan sokongan kewangan buat Masjidil Aqsa sangat penting agar mereka terus kuat dan istiqamah mendepani tentera Zionis yang semakin aggresif tahun 2019 ini.
Serangan demi serangan telah tentera Zionis lakukan termasuk menahan sesiapa sahaja yang mereka kehendaki yang dirasakan lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Pengawal Keselamatan Masjidil Aqsa ada yang dicederakan di kepala, ada yang ditembak dipehanya dan ditahan.
Wanita tidak terkecuali daripada serangan Zionis. Ramai wanita ditahan didalam rumah dan ramai juga diberikan surat halangan memasuki masjidil Aqsa.
Hari Raya Aidil Adha lalu menjadi simbol keberanian yang menggila puak Zionis lantaran kelesuan masyarakat dunia dalam mempertahankan nasib umat Palestin. Ummat Islam dihalau sejurus sahaja selesai solat sunat Hari Raya dengan tembakan rambang didalam kompleks Masjidil Aqsa.
Minggu berikutnya, sekurang-kurangnya seramai 408 orang pendatang yahudi telah memasuki kompleks Masjidil Aqsa dengan kawalan ketat tentera Israel. Lihatlah dengan mata hati dua keadaan ini bagaimana Israel melayan saudara kita disana dan melayan ahli pro zionis mereka.
2. Selain itu, Cakna Palestin menyeru kepada semua rakyat Palestin di bumi Al-Quds agar terus menjadi benteng kepada Masjidil Aqsa demi kebebasan Masjidil Aqsa dengan seruan “Laibaikka ya Aqsa”. Seruan ini akan terus dilaungkan sehingga ia benar-benar bebas dari cengkaman Zionis dan musuh Islam.
Kalian adalah simbol kekuatan yang membentengi Masjidil Aqsa dan setiap titik darah kalian yang gugur telah membangkitkan semangat perjuangan umat Islam di seluruh dunia untuk sama-sama mendokong pembebasan Masjidil Aqsa dari cengkaman Yahudi.
3. Ummat Islam hendaklah bersatu dalam menentang musuh-musuh Islam. Musuh Islam melakukan gerak kerja yang tersusun bagi menguatkan sokongan kepada ekonomi mereka dan kehebatan mereka dalam meracuni fikiran umat Islam sangat membimbangkan. Kegilaan Zionis muktahir ini semakin terserlah. Lihat sahaja jumlah rumah dan bangunan yg dimusnahkan milik rakyat Palestin kini melebihi 480 buah bagi 8 bulan pertama, berbanding 472 buah bagi tahun 2018 secara keseluruhan. Dan kita sedia maklum jentera yang digunakan adalah CAT, HP dan beberapa nama besar lain yang sewajarnya kita boikot.
Lihatlah bagaimana dua ahli Kongress Amerika Syarikat berketurunan Palestin sendiri telah disekat oleh Trump dari pulang ke Palestin untuk menziarahi keluarganya. Trump sendiri telah menyuruh Perdana Menteri Israel menyekat kemasukan dua ahli congress ini kerana kedua-duanya lantang dalam kempen memboikot barangan Yahudi yang banyak menyumbang kepada kematian rakyat Palestin.
Musuh Islam jelasnya tidak membayar zakat. Mereka hanya membayar cukai dan banyak hasil cukai tersebut disumbangkan kepada Tentera Zionis. Namun sayang, kita di Malaysia masih suam-suam kuku dalam memboikot produk-produk yang menyumbang kepada Israel. Marilah kita sama-sama memboikot produk –produk yang sepatutnya dan sentiasa mengemaskini senarai produk dengan pihak BDS.
Jika kita menunggu dan melihat sahaja, pasti keadaan Palestin akan bertambah buruk. Ummat Islam wajib bersatu dalam mendepani musuh Islam.
Bertindaklah dengan sedaya upaya kita bermula dengan boikot produk mereka, menyumbang kepada pembangunan kembali Palestin dan bersuaralah sehingga ke peringkat antarabangsa tentang hak rakyat Palestin yang dicabul sejak 72 tahun lamanya!
Seandainya kita terus leka, kiblat kita saat ini juga pasti akan diganggu kerana Perdana Menteri Zionis pernah berikrar akan menakluki Haramain setelah mereka menakluki AlQuds.
Cakna Palestin
#AlQudsAmanati
#CaknaPalestin
#TigaKotaSuci
#KemanusiaanMelangkauiSempadan
Maybank Cakna Palestin
5530 3803 3881