Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, pada bulan Oktober 2020, pihak Ahli jawatankuasa Cakna Palestin Malaysia telah bersetuju untuk melancarkan projek Laptop4Asnaf berikutan PKPB di lanjutkan di Sabah dan juga di negeri-negeri lain. Mengambil kira ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dan pelajar lepasan universiti bekerja untuk mencari wang bagi membeli komputer riba supaya lebih mudah mereka belajar sekiranya diterima belajar di universiti, kami merasa terpanggil untuk membantu golongan ini.
Sasaran utama kami adalah pelajar yang berjaya mendapatkan tempat di universiti awam dan tergolong dalam kategori anak asnaf. Sasaran awal kami adalah untuk 20 orang pelajar dengan budget RM 30,000. Sebuah komputer riba yang bagus bernilai RM1,500 akan diberikan kepada setiap pelajar terpilih. Projek ini dijangka akan dilaksanakan pada akhir Januari sehingga Awal Februari.
Cakna Palestin akan melaksanakan projek ini dengan kerjasama ngo Persatuan Alumni Maahad Muhammadi Negeri Kelantan (fb: (5) Persatuan Alumni Maahad Muhammadi Negeri Kelantan (AMAL) | Facebook). Kami juga mengharapkan kerjasama dari beberapa lagi agensi dalam melaksanakan projek ini.
Untuk menyumbang bagi projek ini, boleh tekan link Billplz berikut:
https://www.billplz.com/Laptop4Asnaf
Projek Lokal ini juga akan disusuli dengan beberapa projek lain sepanjang tahun 2021. Doakan kami agar dapat melaksanakan amanah ini dengan baik.
Sumbangan terus ke akaun Cakna Palestin juga dialu-alukan:
Sumbangan melebihi RM 50 juga layak mendapat resit pelepasan cukai pendapatan. Sila hubungi pegawai kami Cik Huda di talian 09-7432010 atau tekan link dibawah:
http://www.wasap.my/+601126162010/Laptop4AsnafBP
Lagi post Bantuan di Malaysia: https://www.facebook.com/PERTUBUHANCAKNAPALESTINMALAYSIA/photos/3235663209992378