Projek Sup Untuk Gaza ini tercetus pada awal Januari setelah melihat keadaan semasa Gaza dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah mengeluarkan amaran kebuluran melampau akan terjadi menjelang Februari 2024. Sekatan demi sekatan oleh negara haram israel telah menyebabkan proses malnutrisi penduduk Palestin berlaku dengan pantas. Tercetusnya idea program ini selari dengan misi diatas iaitu SDG 2, Sifar Kebuluran.
Pada awal Januari, pengurus Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia, cik Nurul Huda Mamat telah berbincang dengan Pertubuhan Muslim Care Global untuk memulakan projek Soup For Gaza. The more the better menjadi prinsip awal kepada perbincagan dan proses untuk menyediakan kos projek dilakukan melibatkan dua buah NGO utama di Gaza iaitu Hayir Yolu Dernegi dan Friends of Palestine. Setelah perbincangan, kami memutuskan untuk menyediakan menu seperti Mujaddara, Sup Kacang Kuda, Sup kacang Merah, Sup Kacang Pis dan beberapa jenis bantuan seperti roti dan barangan kering lain mengikut kesediaan barangan di Gaza.
Pada 25 Januari 2024, bermulalah pilot projek dengan kos USD 2500. Satu periuk bernilai RM 1000 dan boleh menampung 350 orang.
Alhamdulillah, projek fasa pertama berjalan dengan baik dan sangat mendapat sambutan. Kami sangat gembira dan terus berhasrat menjadikan ia projek utama bagi suku tahun pertama 2024 dengan nilai bajet dianggarkan RM 112,000.
Dana awal projek ini diperolehi hasil sumbangan awam kepada Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia melalui akaun tertera ataupun link https://www.billplz.com/TabungKemanusiaanCP
Pada peringkat awal, kami turut menerima dana daripada penduduk Singapura.
Berikut adalah link untuk melihat laporan fasa pertama Sup Untuk Gaza yang telah diagihkan di Deir Al-Balah, Gaza.
https://wa.me/p/7002091243179764/601126162010