Pada minggu kedua 2025, dana untuk Sup Untuk Gaza telah disalurkan melalui rakan pelaksana kami di Gaza, Hayir Yolu Dernegi.

Kali ini, team memilih untuk membuat agihan di sekitar Nuseirat. Alhamdulillah, agihan ini menjadi pemula kepada projek 2025. Seramai 1500 orang dianggar mendapat manfaat untuk projek pertama bagi tahun 2025 ini. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya projek tahun ini akan dapat memberi manfaat lebih 40,000 orang berbanding tahun lepas.

“Jom bersama-sama kita membantu saudara-saudara kita di Gaza! Sumbangan anda dapat menyediakan makanan kepada mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan, walau sekecil mana pun, membawa harapan baru. Mari berikan sedikit daripada rezeki kita untuk meringankan beban mereka. Derma sekarang, berikan makanan, berikan harapan!”

Tekan sini untuk menderma👇

https://www.billplz.com/SupUntukGaza

Antara kelebihan memberi makan kepada orang yang lapar adalah:

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan kepada orang yang lapar, maka Allah akan memberinya makan dari buah-buahan syurga.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Kelebihan memberi makan kepada orang yang lapar bukan sahaja mendapatkan ganjaran dunia, tetapi juga pahala yang besar di sisi Allah SWT di akhirat.

Untuk Maklumat Lanjut, hubungi kami di whatsapp.