Semalam, seluruh dunia telah menyaksikan serangan Zionis Israel ke atas Gaza. Kita doakan agar serangan ini tidak membawa kepada peperangan yang lebih besar dan dahsyat yang akan menghancurkan dan mengorbankan orang-orang awam.
Sebuah roket jatuh di kediaman di Gaza pada 13 November 2018
Sungguhpun serangan ganas lagi bengis ini melanggar Undang-undang dan Konvensyen Antarabangsa kerana memusnahkan tempat awam dan harta benda awam, namun demi melemahkan gerakan penentangan Palestin terhadap Israel, maka Rejim Zionis tetap melakukannya.
Kami menyokong penuh desakan agar Parlimen Malaysia bersidang secara tergempar mengusulkan kutukan ke atas Zionis Israel sebagaimana kami menyeru rakyat Malaysia di semua posisi agar bersuara mengutuk serangan ini. Sejak terjadinya Deklarasi Balfour pada 1917, rakyat Palestin telah menjadi mangsa percaturan Zionis Yahudi dengan Evangelis Kristian. Gerakan Evangelis dan Imperialis Barat yang diketuai oleh Amerika telah banyak mempersenda dan hanya berwayang kulit dalam melaungkan keamanan sejagat, hak asasi manusia serta menolak diskriminasi perkauman, tetapi dalam pada masa yang sama, mereka hanya membiarkan Israel menyerang dan membantai rakyat Palestin tanpa mengambil tindakan yang cukup tegas!
Mahukah kita terus percaya kepada mereka yang bertalam dua muka ini untuk membela saudara kita di Palestin?
Maka di atas kesedaran perbuatan jahat gerakan Zionis dunia ini, Pertubuhan Cakna Palestin ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar turut bersuara menentang segala usaha pihak tertentu ke atas Kerajaan Malaysia agar meratifikasikan Konvensyen Antarbangsa bagi menghapuskan Diskriminasi Perkauman (ICERD) yang pada hemat kami tiada kaitan dan keperluannya di bumi Malaysia yang telah mengecapi keamanan dan keharmonian hidup berbilang kaum untuk kesekian lama.
Tidak Ada Keperluan untuk Malaysia Meratifikasi ICERD
Sekali lagi kami menyeru semua rakyat Malaysia agar terus bersuara mengutuk Zionis Yahudi yang menceroboh, menakluk dan menjarah bumi Palestin semenjak tahun 1948 lagi dan tidak memberi peluang kepada kepada gerakan Zionis Yahudi mahupun Zionis Kristian untuk bertapak di atas bumi Malaysia tercinta ini.
Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa
Presiden Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia
14 November2018
#CaknaPalestin
#TolakICERD
#SaveGaza
#SayangiMalaysiaku
Israel membawa kereta kebal ke sempadan Gaza pada 12 November 2018.
Ingin Menyumbang untuk Palestin?
Sumbangan & Derma boleh disalurkan melalui akaun bank berikut:-
Cakna Palestin
Maybank : 5530 3803 3881
BIMB : 0301 8010 1229 39
CIMB : 8601 7945 07