Rasulullah SAW menyifatkan bidang pendidikan adalah perjuangan fi sabilillah- berjuang di jalan Allah. Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali” (Riwayat: at-Tirmizi).
Sudikah anda menjadi sebahagian darpada kami membantu anak-anak Palestin dan Syria dalam pendidikan secara konsisten setiap bulan? Jika ya, anda berpeluang memilih pelajar yang ingin anda taja yang ada dalam senarai kami. WhatsApp Cik Huda di talian Hotline Cakna Palestin untuk maklumat lanjut.
http://www.wasap.my/+601126162010/TajaAnakAngkat
Mereka adalah insan-insan yang memerlukan dan mengharapkan bantuan insan-insan yang terpilih oleh Allah untuk membantu mereka setelah perang meragut keamanan negara mereka dan memaksa mereka menjadi pelarian.
Niat kami jelas, demi masa depan yang lebih baik,kami akan terus membantu dalam memberikan pendidikan buat anak-anak Palestin dan Syria.
Banyak rakan-rakan ngo membantu mereka dengan hak asasi mereka, makanan dan pakaian, jadi, kami akan cuba untuk menampung dari segi pendidikan seiring dengan matlamat ngo Cakna Palestin yang wujud 11 tahun lalu.
Sumbangan kepada Syria melalui kami akan disalurkan kepada rakan kami di Turki seperti Ensar Charity, CSM dan. Mereka semua adalah ngo yang aktif membantu pelarian Syria. Manakala sumbangan di Palestin adalah melalui penyelaras kami di sana.
Sumbangan untuk pelajar Palestin yang dibawa khas ke Malaysia pula, pihak kami sendiri akan salurkan seperti biasa.
Jadi, jika anda ingin menjadi sebahagian daripada kami, bantulah kami dengan menyumbang ke akaun Cakna Palestin
Bank Islam: 0301 8010 1229 3
MAYBANK: 5530 3803 3881
Ref: Syria / Palestin
atau lebih mudah dengan menyumbang melalui link dibawah
https://www.billplz.com/INFAQJumaat
Penyumbang melebihi RM 50 juga layak mendapat resit pelepasan cukai.
Sebarang pertanyaan mengenai pelepasan cukai, boleh hubungi http://www.wasap.my/601126162010/webNakTanya
#Education