Ibadah Qurban 1442H/2021M bersama Cakna Palestin merupakan di antara projek yang telah dilaksanakan oleh Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia yang bertujuan untuk membantu umat Islam khususnya di Malaysia bagi menunaikan ibadah Qurban di samping menzahirkan keprihatinan kepada saudara Islam di luar negara melalui ibadah Qurban yang dilakukan.

Pada tahun ini iaitu 2021, projek ini telah disempurnakan di beberapa tempat yang berbeza iaitu di Arakan Myanmar, di kem Al-Tash Bash, Syria dan Gaza, Palestin. Projek ini telah dilangsungkan secara serentak di 3 buah negara tersebut pada 21 Julai 2021 yang merupakan hari raya Aidiladha yang ke-2.

Di Arakan Myanmar, sebanyak 5 ekor lembu dan 29 ekor kambing telah disembelih sehingga berjaya mengagihkan daging qurban tersebut kepada 307 buah keluarga.

Di Arakan, Projek Ibadah Qurban telah disempurnakan dengan anggaran RM 22 060

Seterusnya, di Kem Pelarian yang bertempat di Tal Abyad, Syria pula sebanyak 5 ekor kambing berjaya disembelih dan daging qurban tersebut berjaya memberi manfaat buat 53 buah keluarga.

Projek Ibadah Qurban telah dilaksanakan di Syria dengan anggaran RM 4 648
Agihan daging qurban telah diberikan di kem Al-Tash Bash, Syria yang melibatkan 53 buah keluarga

Akhir sekali iaitu di Palestin, Cakna Palestin telah melaksanakan Projek Qurban di Gaza dan Beit Hanoun dengan melakukan penyembelihan 4 ekor lembu dan 5 ekor kambing di mana daging qurban tersebut diagihkan khusus buat 755 buah keluarga.

Sebanyak RM 33 756 telah digunakan untuk menyempurnakan Ibadah Qurban 1442H/2021M bersama Cakna Palestin
Agihan daging qurban kepada penduduk Gaza pada 21 Julai 2021

Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang memberi sambutan yang sangat hebat dalam menjayakan projek ini. Kami akan terus mengagihkan bantuan pek makanan ke seluruh negara (mengikut keperluan). Sumbangan ini boleh disalurkan melalui nombor akaun yang tertera.

Bank Islam Malaysia Berhad 0301 8010 1229 39.